Mendengar dan meneliti lagu Melayu, samada yang baharu atau lama, kita akan dapati beberapa kata nama yang sering hadir dalam judulnya. Salah satu kata nama tersebut adalah `hati`. Justeru pada kali ini mari kita dengarkan pilihan 10 buah lagu Melayu yang membicarakan soal `hati` yang dikuratorkan untuk mempromosi koleksi media dan audio-visual Perpustakaan. Lagu dipautkan terus kepada laman Rdio, perkhidmatan musik berlesen yang terbesar di dunia yang menawarkan lebih 32 juta lagu dari 85 buah negara seluruh dunia termasuk Malaysia. Anda perlu mendaftar (percuma kecuali anda memilih pakej langganan!) untuk mendengarnya.
- Hati yang dicuri dengan sepenuhnya hingga hadir di dalam mimpi …
- Klasik hati yang dilamun kerinduan yang tidak terkira …
- Jiwa yang kekosongan dan hilang arah tujuan tanpa teman seiring jalan …
- Hati dibayangi cinta yang palsu …
- Kedatangan yang menerangkan dunia hingga menjadi permata hati …
- Merayu buah hati yang dirindui siang dan malam …
- Pertanyaan mengapakah hati kekasih dilukai …
- Hati yang indah bersinar setelah mendapat ilham …
- Hati sudah bosan dan benci kerana tertipu hingga robek …
- Setia tetapi hati dipermainkan dengan kejam. Sungguhpun begitu tetap mendoakan kebahagian kekasihnya …
Dalam kesempatan ini, Perpustakaan ingin mempromosikan koleksi piring hitam yang mengandungi lebih 1,500 cakera dan disenaraikan di Long Play (LP) Record Collection – University of Malaya Library. Sebuah pemain piring hitam yang moden dengan sistem audio stereo yang mantap juga disediakan untuk pengguna yang berminat dengan format audio lama yang masih digemari ramai hingga kini.
Selamat berhibur!
Byk lagu Melayu yg memang tahan dengar walaupun dah lama dikeluarkan di pasaran seperti lagu Isabella.