Perpustakaan Pergigian telah menjalankan projek perintis yang dinamakan sebagai ‘Perkhidmatan Pencarian Literasi (Literature Search Service) bagi maksud menawarkan perkhidmatan pencarian literasi. Perkhidmatan ini disediakan khusus untuk membantu ahli akademik di Fakulti Pergigian yang menjalankan penyelidikan atau penulisan artikel.
Seperti yang kita sedia maklum, tugas Pustakawan terutama pustakawan penghubung adalah dalam menyokong pihak fakulti dalam penyediaan bahan maklumat yang mencukupi, terkini dan menyokong kepada pengajaran dan penyelidikan. Dengan adanya perkhidmatan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu para akademik untuk mendapatkan bahan maklumat yang relevan untuk penyelidikan mereka. Perkhidmatan pencarian literasi ini
di laksanakan oleh pustakawan dengan melakukan carian literasi dalam pangkalan data yang dan menyediakan senarai artikel yang berkaitan bersama abstrak untuk topik yang diberikan oleh pensyarah/penyelidik. Hasil carian tersebut iaitu dalam bentuk abstrak akan di susun mengikut kata kunci yang diberikan. Keputusan carian yang telah di susun ini akan di hantar melalui emel dalam dua (2) format iaitu ‘.mht’ (format arkib web) dan juga dalam bentuk senarai bibliografi yang telah dihasilkan menggunakan perisian EndNote.
Buat masa in keutamaan akan diberi kepada projek penyelidikan oleh ahli akademik dan penyelidik di Fakulti Pergigian. Untuk memohon ahli Akademik/Penyelidik hanya perlu mengisi borang online yang telah disediakan menggunakan aplikasi Google Drive di URL: http://goo.gl/forms/4Al20Lyvtg