Pameran P Ramlee: The Actor, The Director, The Lover

Pameran P Ramlee : The Actor, The Diector, The Lover sedang berlangsung di Muzium Seni Asia dari 28 Ogos 2015 – 31 Oktober 2015. Pameran adalah kerjasama antara Muzium Seni Asia, Arkib Negara Malaysia dan Filem Negara Malaysia. Sejumlah bahan-bahan perfileman seperti set kamera, skrip lakonan dan keratan-keratan akhbar serta rakaman visual P Ramlee sebagai tokoh perfileman negara dipamerkan. Majlis Perasmian telah dilaksanakan pada 5 September 2015, hari Sabtu oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Encik Azemi Abd Aziz. Sejumlah pelukis turut menyumbang karya untuk dipamerkan antaranya ialah Stephen Menon (Residen Artist Universiti Malaya), Liu Cheng Hua dan Dr Hushinaidi.

Sebuah katalog pameran berjaya diterbitkan dengan 3 tulisan berkaitan pameran iaitu Bukan Antara Dua Drajat (Abd Aziz Rashid, Muzium Seni Asia), Looking For The P in P Ramlee (Bingley Sim, Art Friend) dan P Ramlee’s Movies are for All Races (Prabhakaran S. Nair, Senior Archivist, National Archives of Malaysia).

Lanjutan daripada pameran ini, Muzium Seni Asia bercadang untuk mengangkat seorang lagi tokoh seni yang signafikan dalam sejarah tanah air iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Maklumat dan bahan pameran sedang dikumpulkan, semoga satu lagi permata negara ini dapat diangkat di persada kampus UM.

backdrop film

Berikut adalah nota kuratorial daripada Ketua Muzium Seni Asia, tentang pameran ini.

Bukan Antara Dua Drajat

Mempamerkan sebuah pameran yang membabitkan tokoh, bukan suatu pilihan yang mudah. Apatah lagi nama besar seperti P Ramlee, tokoh seni filem lagenda tanah air dikaitkan dengan bulan kemerdekaan.  Bukankah ada ramai lagi tokoh yang “lebih signifikan”? Itulah persoalan besar yang harus dijawab sebelum menyetujui kertas cadangan dari kurator muzium dan seorang karyawan seni tampak.  Namun, sesebuah pameran adalah produk akhir kreatif, sejarah, mesej dan sumbangan untuk masyarakat.

Idea awal tentang pameran ini adalah lontaran idea residen artis Universiti Malaya, Stephen Menon pada pertengahan tahun 2013. Ketika itu, saya hanya menjadi seorang pendengar yang pasif, mendengar cerita beliau tentang pelbagai tokoh yang beliau kagumi. Tokoh seni Tan Sri P Ramlee, Tunku Abdul Rahman bahkan Mao Tze Tung misalnya, menjadi pilihan karya seni beliau. Untuk Mao Tze tung , beliau tidak meminati  ideologi komunisnya tetapi lebih kepada pemerhatian karekter dan sisi kehidupan beliau yang unik.

Tahun 2014, sambutan kemerdekaan ke-57, beliau mencetuskan idea berpameran solo tentang Bapa Kemerdekaan. Tajuk pameran solo beliau ialah 57@57 Karya print beliau tentang tokoh ini puluhan jumlahnya dengan mesej yang tertentu. Untuk menyampaikan mesej itu, beliau memilih akhbar-akhbar tahun kemerdekaan hinggalah kepada kata-kata dan tindakan Tunku yang memberi kesan kepada pengisian kemerdekaan negara ini. Pameran itu berjaya dilaksanakan di Memorial Pengishtiharan Kemerdekaan Malaysia, di Melaka dengan sokongan penuh dari Arkib Negara Malaysia dan Kerajaan Negeri Melaka.

Tahun ini, 2015, sekali lagi sempena bulan kemerdekaan beliau memilih tokoh yang bagi perspektif seorang artis berjaya menyemai erti kemerdekaan. Pemilihan itu bukan sesuatu yang tidak beralasan, tetapi penuh dedikasi dan kajian terhadap P Ramlee.

“P Ramlee bukanlah tokoh politik yang meneriakkan kemerdekaan dan meluluskan jutaan bajet negara” kata beliau pada suatu petang yang hangat.

“Pada saya, P Ramlee adalah tokoh yang menafsir masyarakat Malaysia dalam suatu perspektif yang majmuk. Alur cerita, bahasa, sindiran dan gelagatnya adalah gelagat masyarakat Malaysia” celoteh beliau lagi.

“Lalu, sebagai karyawan seni tampak, seberapa jauh P Ramlee mempengaruhi anda” tanya saya kepada beliau.

P Ramlee, menurut Stephen, benar-benar sutradara yang mengkaji terlebih dahulu ragam masyarakat Malaysia, merakam dan memperkemas karya filem dan membiarkan karya itu dicerna dan diterjemah secara mudah oleh khalayak. Masyarakat bukan Melayu, menerima dan menikamti karya-karya P Ramlee dengan mudah, tidak membosankan dan menjadi ikutan.

Itulah pengisian dan jasa P Ramlee kepada sebuah makna kemerdekaan.

Justeru itu, Muzium Seni Asia, sebagai muzium institusi pengajian tinggi, perlu mendedahkan perilaku imejan sosial ini dalam satu framework yang lebih berarti kepada masyarakat. Cabaran Pengurusan Universiti agar setiap fakulti dan jabatan dapat memupuk perpaduan kaum yang pelbagai ini pada tahap yang lebih konkrit. Seni, filem, budaya, warisan adalah harta sepencarian generasi kini untuk memperkasa negara ini dari pelbagai aspek.  Generasi  yang sudah terlampau terdedah dengan gajet teknologi, tidak boleh dibiarkan tanpa menoleh sosio budaya masyarakat Malaysia dari kupasan seorang seniman seni filem. P Ramlee, seorang anak seni, menyumbang kepada kelestarian budaya, negara kebangsaan dan menabur harapan: anda hidup dalam sebuah negara yang terbaik, hanya bagaimana anda boleh menerima kekurangan, berbagi kebahagiaan dan membenamkan rasa perkauman.

Reel Film

Menjelang Merdeka ke-58 tahun!

 
Abd Aziz Abdul Rashid
Ketua
Muzium Seni Asia/Galeri Seni
Universiti Malaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s