Sejarah Penetapan Penggunaan Entri Subjek (Nama Geografi) “Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan”

311643_4155202999793_1249834271_n_zpsg0bpeycr

Kuala Lumpur mencapai status bandar raya pada tahun 1972, menjadikannya penempatan pertama di Malaysia yang dikurniakan status itu sejak mencapai kemerdekaan. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan, lalu menyerahkan status ibu negeri Selangor kepada Shah Alam pada tahun 1978. Pada 14 Mei 1990, Kuala Lumpur menyambut 100 tahun kerajaan tempatannya dengan memperkenalkan lagu dan bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada 25 Jun 1983, Encik Baradas Gopal, Ketua Pengkatalog, Perpustakaan Universiti Malaya telah mengeluarkan satu Cataloguing Decisions berkaitan cara menulis entri subjek (nama geografi) Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur:

fs1Pada 28 April 1984, Encik Baradas Gopal, Ketua Pengkatalog, Perpustakaan Universiti Malaya sekali lagi mengeluarkan satu Cataloguing Decisions untuk mengubah penggunaan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan dalam entri subjek (nama geografi). Di dalam kenyataan beliau, keputusan pengkatalogan ini secara langsung telah membatalkan keputusan yang telah dibuat pada 25 Jun 1983.

fs2

Disediakan oleh:
Noorsuzila Mohamad
Pustakawan
Unit Pengkatalogan, Bahagian Pembangunan Koleksi
Perpustakaan Universiti Malaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s