Apabila ditanya kenapa ingin menjadi pustakawan, ramai yang mengaitkan tentang minat membaca selain daripada kecenderungan untuk mengurus gedung ilmu yang menyimpan pelbagai khazanah ilmu. Walaupun paradigma kerjaya ini telah beranjak untuk merangkumi aspek lain seperti teknologi, pengurusan dan kemahiran maklumat, minat membaca masih merupakan sebab utama untuk menjadi pustakawan. Dan antara bahan bacaan yang popular ialah bahan yang berupaya membawa pembaca ke dimensi lain yang mungkin tidak dapat dirasai dalam kehidupan seharian serta memberi perspektif alternatif untuk melihat dunia daripada kacamata yang berbeza.
Bagi tahun baru ini, kenapa bergantung kepada buku dan visual di alam maya untuk melihat pelbagai tempat yang menarik? Apa kata kita menjelajah ke tempat baru yang belum pernah lagi dikunjungi selama ini. Cuba keluar daripada kelompok keselesaan diri sendiri dan latih diri untuk berfikir di luar kotak pemikiran seperti kebiasaannya dengan berada di tempat asing berlatarbelakangkan bahasa dan budaya yang berbeza.
Mengembara tidak semestinya menelan perbelanjaan yang tinggi. Sekiranya ia diberi keutamaan, perbelanjaan hidup diuruskan dengan lebih baik dan bersederhana ketika mengembara seperti menggunakan perkhidmatan Airbnb, ‘backpacking’, membuat tempahan penerbangan dengan lebih awal, semua pustakawan mampu melakukannya. Apa yang penting ialah semangat dan kegigihan untuk mengembara serta sedikit wang simpanan.
menikmati keindahan alam di Taroka Gorge, Taiwan dengan air sungai yang membiru
- Beberapa tips untuk mengembara dengan bajet terhad:
- Buat kajian. Luangkan sedikit masa dan layari pelbagai laman web untuk mendapatkan maklumat berguna berkenaan destinasi pilihan. Sekiranya pengangkutan awam adalah selesa dan boleh dipercayai, gunakannya kerana ia lebih menjimatkan berbanding pakej pelancongan. Sesetengah bandar besar ada menyediakan pengangkutan percuma yang melalui destinasi pelancongan utama.
-
toleransi dan lebih memahami budaya dan kehidupan yang berbeza
-
- Rancang perjalanan. Dengan masa dan kos yang terhad, jadual masa yang teliti perlu dirancang kerana ia akan melibatkan kos. Rangka alternatif perjalanan sekiranya Plan A tidak berjaya.
Perpustakaan menarik yang terdapat di Schiphol Airport Amsterdam
-
tiada pintu keselamatan dan pengguna bebas untuk berbaring dan tidur
- Tempahan awal. Sekiranya tempahan awal dilakukan, anda boleh menginap di tempat yang selesa pada kadar yang murah bergantung kepada promosi yang dijalankan. Bandingkan juga tempat penginapan Airbnb dan hostel kerana adakalanya penginapan yang terdapat di sini turut menawarkan tempat tinggal yang selesa dan tidak kurang hebatnya walaupun bukan setaraf hotel lebih daripada 4 bintang.
-
pengalaman menginsafkan sekembali dari percutian di Siem Riep, Cambodia
-
- Membawa makanan segera memang menjimatkan tetapi jangan lupa untuk mencuba makanan popular dari negara yang dilawati kerana ianya juga merupakan satu pengalaman yang berharga. Kumpul maklumat terlebih dahulu untuk mendapatkan senarai restoran halal dan baca komen daripada mereka yang berpengalaman.
-
-
Sichuan cuisine di Chengdu, China
Sediakan senarai tempat yang ingin dilawati dan kaji samada ianya melibatkan kos tambahan. Sesetengah tempat percuma lebih berbaloi dari tempat yang dikenakan bayaran.
Military Museum, Vienna – rata2 muzium di Eropah mengenakan kadar bayaran yang rendah atau percuma
-
- Sekiranya tempat yang dilawati adalah sederhana keluasannya dan cuaca adalah nyaman maka ambil langkah untuk berjalan kaki. Selain daripada menjimatkan, ianya juga adalah aktiviti sihat sambil boleh menikmati pemandangan baru dengan lebih santai. Elakkan memakai aksesori berlebihan agar tidak mengundang kejadian yang tidak diingini.
mengembara sambil menapak ke sana sini
- Gabungkan urusan rasmi dan pengembaraan. Rebut peluang untuk menghadiri seminar, konvensyen, bengkel yang berkaitan dengan kerja dan guna kesempatan ini untuk menjelajah tempat baru setelah selesai urusan rasmi. Tiket penerbangan yang dibiayai oleh institusi dapat menjimatkan perbelanjaan dan banyak pengalaman baru boleh diperolehi.
Victoria State Library, Australia
Selamat Mengembara!
“Travel and change of place impart new vigor to the mind.” – Seneca