Lawatan Dari Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin
Pada awal tahun 2016, Unit Arkib telah menerima tetamu dari Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 25 Februari 2016 (Khamis). Tujuan lawatan ke Universiti Malaya adalah untuk mempelajari serta merujuk pengurusan kerja koleksi arkib dan pemuliharaan bahan.
Lawatan tersebut telah disertai oleh tiga (3) orang pembantu perpustakaan, (dua) 2 orang pembantu pemuliharaan dan seorang pustakawan.
Pelawat telah diberikan taklimat berkenaan dengan arkib dan juga pemuliharaan yang dijalankan di Perpustakaan Universiti Malaya. Sesi soal jawab dan juga perbincangan turut diadakan selepas taklimat disampaikan.
Pelawat turut dibawa ke Unit Penjilidan dan Unit Arkib bagi lebih memahami tugas dan proses yang dijalankan oleh kedua-dua unit ini.
Banyak perkongsian dan pertukaran pendapat berkenaan amalan terbaik yang boleh dilaksanakan di organisasi masing-masing. Terima kasih di atas kesudian bertamu di Perpustakaan Universiti Malaya.
Lawatan Dari Perpustakaan Universiti Islam Malaysia
Pada 28 April 2016 (Khamis), Unit Arkib dengan telah menerima kunjungan pelawat daripada Perpustakaan Universiti Islam Malaysia yang diketuai oleh Encik Azman Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan bersama 6 orang pustakawan telah mengadakan lawatan kerja mereka ke Unit Arkib.
Lawatan kerja ini bertujuan menjalinkan kerjasama di antara Universiti Islam Malaysia (UIM) dan Universiti Malaya serta perkongsian idea beserta pengalaman mengenai pengurusan arkib.
Pelawat telah diberikan taklimat dan diikuti dengan sesi soal jawab serta perbincangan berkaitan dengan arkib universiti. Pelawat juga telah dibawa melihat koleksi yang disimpan di Unit Arkib serta cara penyimpanan bahan.
Antara koleksi yang terdapat di Unit Arkib adalah koleksi bahan bercetak yang berkaitan dengan Universiti Malaya, koleksi gambar, koleksi CD tesis yang ditulis oleh pelajar Universiti Malaya, koleksi trofi yang diperolehi oleh Universiti Malaya, cenderahati dan terkini adalah koleksi baju korporat Universiti Malaya.
Unit Arkib ingin mengucapkan terima kasih di atas kunjungan tersebut. Semoga hasil perbincangan dan perkongsian idea pada hari tersebut dapat dimanafaatkan bersama ke arah usaha penambahbaikan di dalam organisasi masing-masing.
Disediakan oleh:
Juhaida Abd Rahim