Tazkirah Ramadhan 2016

Seperti kebiasaan pada setiap tahun dan tahun sebelum ini, satu program Tazkirah Ramadhan telah dianjurkan bersempena bulan yang mulia ini. AJK Ikhtisas dan Kelab Sukan & Rekreasi Perpustakaan Universiti Malaya (KSRPUM) bergabung untuk membawa penceramah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

img_5891_zpsktlobbzk

Di antara pesanan Ustaz :

  1. Bersedekah di bulan Ramadhan – Kita telah mengetahui betapa besarnya pahala puasa Ramadhan. Bayangkan jika kita dapat menambah pahala puasa kita dengan pahala puasa orang lain, maka pahala yang kita raih lebih berlipat lagi. Subhanallah! Dan ini boleh diperolehi dengan bersedekah, iaitu dengan memberikan hidangan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa.Padahal hidangan berbuka puasa sudah cukup dengan tiga butir kurma atau bahkan hanya segelas air, sesuatu yang mudah dan murah untuk diberikan kepada orang lain.
  2. Membaca surah al-Ikhlas 3 kali. Amalkan membaca surah al-Ikhlas sekurang-kurangnya 3 kali. Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.” Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
  3. Menggembirakan hati orang tua – hendaklah kita sentiasa menggembirakan dan membahagiakan hati ibu bapa kita selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam.

img_5926_zpsfajsqulb

img_5907_zpsvxsay65n

Majlis diakhiri dengan bacaan Tahlil dan Solat Fardu Zuhur diimamkan oleh Ustaz sendiri.

Berbanyak terima kasih diucapkan kepada AJK Ikhtisas, Puan Rohaizah Jaafar di atas sumbangan buah tamar dan juga Puan Faridah Salleh yang telah menghadiahkan bekas sebegitu comel untuk para tetamu.

13533126_10209639607248399_4994652825508412663_n_zps4f5fecxe

Semoga pengisian seumpama ini mendapat berkat dan rahmat Allah (swt).

Disediakan oleh :

Zanaria Saupi Udin
Pengerusi
AJK Ikhtisas 2014/2016

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s