Pameran UM111: Manuskrip dan Koleksi Nadir Perpustakaan Universiti Malaya

Pameran UM111: Manuskrip dan Koleksi Nadir Perpustakaan Universiti Malaya telah diadakan pada 2 November 2016 di Ruang Pameran, Perpustakaan Utama, Universiti Malaya. Pameran ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Amin Jalaludin, Naib Canselor, Universiti Malaya.

Picture1.jpg

Objektif utama pameran ini adalah untuk memperkenalkan koleksi istimewa Perpustakaan yang julung kali dipamerkan sempena meraikan ulangtahun UM yang ke 111 tahun. Koleksi tersebut terdiri daripada manuskrip Melayu, Islam, bahan nadir Cina dan bahan nadir Tamil Malaysiana.

Manuskrip Melayu dalam simpanan Perpustakaan ini adalah dalam bentuk skrip dan mikrofom. Secara keseluruhannya, Perpustakaan telah berjaya memperolehi, memelihara dan memulihara sebanyak 313 manuskrip Melayu.

picture3

Tetamu istimewa Tan Sri Khoo Kay Kim, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Wakil Arkib Negara Malaysia, Wakil Muzium Kesenian Islam dan pustakawan-pustakawan dari IPTA telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis perasmian ini.

Melalui pameran ini pihak Perpustakaan Universiti Malaya mengambil peluang mempamerkan koleksi perpustakaan yang tinggi nilainya supaya bermanfaat kepada generasi masa kini. Pihak Perpustakaan berharap melalui pameran ini dapat menimbulkan kesedaran kepentingan memelihara khazanah manuskrip dan koleksi nadir sebagai bukti warisan intelektual dan ketamadunan bangsa negara kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s