Ulasan Buku – Rahsia sebuah mimpi

rahsia-sebuah-mimpi

Rahsia sebuah mimpi.
Hasan Ali. (2006).  Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Call Number : [PL5136.1 Hasma.R]

Buku bertajuk “Rahsia Sebuah Mimpi” yang ditulis oleh Hasan Ali ini merupakan kumpulan cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terdapat 12 cerpen di dalam buku ini yang berkisarkan cerita para Nabi di zaman sebelum Rasullullah dan juga di zaman Rasullullah S.A.W. Tajuk cerpen-cerpen tersebut ialah Manusia pertama dicipta, Tiga jongkong emas, Rahsia sebuah mimpi, Antara ibu dengan anak, Tuah mendatang, malang menimpa, Ikan sebagai penyelamat, Sebatang tongkat keramat, Api yang tidak membakar, Pahlawan keadilan, Nenek menjual dosa, Perkahwinan pertama dan akhir sekali ialah Sahabat setia.

Cerpen pertama iaitu Manusia pertama diciptamengisahkan kewujudan Adam dan isterinya Hawa yang tinggal di dalam syurga. Pada mulanya Adam hanya keseorangan sambil menikmati keindahan dan nikmat yang tidak terhingga di syurga dan Adam berasa inginkan seseorang yang boleh dibawa berbual.

Cerpen kedua iaitu Tiga Jongkong Emas mengisahkan seorang pemuda yang tamak dan
akhirnya memakan dirinya sendiri. Pemuda itu adalah pengikut kepada Nabi Isa a.s dan kisahnya bermula dengan tiga buku roti yang dibeli olehnya itu untuk dimakan bersama-sama dengan Nabi Isa semasa perjalanan.

Cerpen ketiga iaitu Rahsia Sebuah Mimpi menceritakan seorang Sultan bernama Sultan Nuruddin al-Zanki bermimpi melihat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w berwajah muram dengan diiringi oleh dua orang manusia yang berwajah garang. Sultan Nuruddin tidak dapat mengerti firasat mimpi itu dan meminta nasihat Menteri dan menasihatkan Sultan Nuruddin menziarahi Madinah untuk mendapat petunjuk. Rakyat Syria yang mengetahui tentang kedatangan Sultan Nuruddin ke Madinah itu telah keluar beramai-ramai bagi meraikannya.

Cerpen keempat iaitu Antara Ibu dan Anak mengisahkan seorang anak bernama Alqamah yang derhaka kepada ibunya. Alqamah semasa kecil ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibunya namun setelah berkahwin ibunya ditinggalkan begitu sahaja. Rasulullah S.A.W memberi alasan iaitu ingin membakar Alqamah seandainya tidak dimaafkan oleh ibunya itu.

Cerpen kelima ialah Tuah Mendatang Malang Menimpa mengisahkan seorang Sultan
bernama Sultan Harun al-Rashid dengan pengawalnya yang bernama Haris. Untuk dijadikan alasan beliau telah mengisi dinar emas dalam sebiji buah tembikai untuk dihadiahkan kepada Haris.

Cerpen keenam ialah Ikan Sebagai Penyelam menceritakan Nabi Yunus yang ditelan ikan paus semasa terjun dari kapalnya yang dalam perjalanan ke Kota Pelabuhan Tarsis, pantai barat Afrika. Tujuannya ialah untuk menyebar dakwah kerana semasa Nabi Yunus berada di Ninewa hanya dua orang sahaja yang mengikut ajarannya.

Cerpen ketujuh iaitu Sebatang Tongkat Keramat mengisahkan Nabi Musa dianugerahkan Allah S.W.T dengan berbagai mukjizat dan antaranya ialah tongkat yang berasal dari ‘Sidratul Muntaha’ yang dibawa oleh Nabi Adam ketika meninggalkan syurga. Tongkat tersebut boleh menjelma menjadi seekor ular. Nabi Musa telah berkahwin dengan Shafurah anak kepada Nabi Shu’ib a.s. Nabi Musa dikahwinkan dengan anaknya kerana kebijaksanaan, kegagahan dan kepandaian ditunjukkan beliau kepada Nabi Shu’ib.

Cerpen kelapan mengisahkan Nabi Ibrahim yang mengajak rakyatnya
untuk mengikut ajarannya. Sewaktu rakyatnya pergi berburu dengan Maharaja Nabi Ibrahim telah menghancurkan semua berhala dan apabila Maharaja mendapat tahu lalu dibakarnya Nabi Ibrahim. Namun dengan kekuasaan Allah SWT Nabi Ibrahim tidak terselamat. Nabi Ibrahim menerima wahyu dari Allah SWT supaya meninggalkan Negara Mesopotamia. Nabi Ibrahim mempunyai seorang isteri bernama Sarah dan Firaun amat menyukai Sarah.

Cerpen kesembilan ialah Pahlawan Keadilan menceritakan seorang pemuda bernama
Marwan telah dengan tidak sengaja membunuh ayah kepada dua beradik bernama Abrar dan Sidik. Hukuman kisas telah dikenakan terhadap Marwan dengan seorang penjamin bernama Abu Dzar.

Cerpen kesepuluh ialah Nenek Menjual Dosa mengisahkan seorang nenek yang tidak pernah mengenali Khalifah Umar bin Khattab. Ditakdirkan Khalifah Umar ini menyamar sebagai orang biasa untuk mengenali rakyatnya. Sewaktu melawati kawasan Khalifah telah menjumpai seorang nenek yang dalam kesusahan. Nenek itu telah mengadu kesusahannya disebabkan Khalifah Umar tidak mengambil berat tentangnya. Khalifah memberi satu dirham kepada nenek itu sebagai menggantikan kesalahannya.

Cerpen kesebelas ialah Perkahwinan Pertama mengisahkan detik pertemuan dan
perkahwinan antara Siti Khadijah dan Nabi Muhammad S.A.W. Perkahwinan tersebut juga telah tertulis dalam kitab Taurat. Siti Khadijah ada juga mendapat mimpi di mana ada cahaya menerangi rumahnya.

Cerpen terakhir ialah Sahabat Setia mengisahkan Abu Bakar as-Siddiq menjadi pengikut setia kepada Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah. Abu Bakar sanggup dipatuk ular demi menyelamatkan Nabi Muhammad. Abu Bakar merupakan seorang yang berani yang sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk Nabi Muhammad dan ajaran Islam.

Ulasan oleh,
Haslina Husain
Pustakawan Kanan
Bahagian Pengkatalogan & Metadata
Perpustakaan Utama

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s