Belajar sains di rumah : peranan keluarga dan guru.
Salbihana Samsudin, Nor Aidilina Mohd Ramli & Lilia Halim. 2018. . Bangi, Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Call Number : [Q181 Sals]
Buku bertajuk “Belajar sains di rumah : peranan keluarga dan guru” yang ditulis oleh Salbihana Samsudi, Nor Aidilina Mohd Ramli dan Lilia Halim ini mengandungi lima bab iaitu Bab 1 menyentuh cabaran dan kekangan pendidikan sains di sekolah, Bab 2 menyentuh pembelajaran sains secara informal, Bab 3 menyentuh penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran sains, Bab 4 menyentuh pelaksanaan kerja rumah sebagai alternatif dalam pembelajaran sains dan Bab 5 ialah penutup.
Buku ini menitikberatkan peranan ibu bapa dalam mendorong anak-anak untuk belajar sains bermula dari rumah. Peranan ibu bapa amat penting dalam menggalakkan anak-anak untuk menyukai matapelajaran sains antaranya dengan membuat latihan kerja rumah bersama-sama. Aktiviti di luar rumah antaranya boleh melawat ke Zoo, Planetarium Negara, Pusat Sains, Aquaria di KLCC contohnya bagi tujuan pendedahan kepada anak-anak. Ulasan literatur juga menyentuh peranan ibu bapa dalam menyemai semangat cintakan sains dalam diri anak-anak. Menurut Shaverand dan Walls (1998) dalam bukunya, “Effect of title 1, parental involvement on students reading and mathematics achievement” menyatakan keterlibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak-anak tidak hanya terhad dengan program di sekolah tetapi perlu diteruskan sehingga ke rumah. Tugasan dalam kelas samada dari segi teori dan praktikal mestilah seiring dengan keupayaan pelajar memahami tugasan tersebut. Di sini, ibu bapa menyokong usaha yang dilakukan oleh guru iaitu dengan melengkapkan anak-anak dengan peralatan sains sebagai sokongan. Kerja rumah yang diberikan oleh guru kepada pelajar membolehkan pelajar mengulangkaji dan seterusnya memahami konsep samada teori dan praktikal. Programme for International Student Assessment (PISA) bagi tahun 2009 menunjukkan bahawa kualiti pelajar di Malaysia tidak kompetitif pada peringkat global. Lainnya ialah kakitangan sekolah perlu mempunyai sikap positif tentang kebaikan bekerjasama antara guru dan ibu bapa. Aspek pendidikan, bahasa, budaya dan situasi tempat tinggal ibu bapa perlu diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu program. Minat dan keperluan dalam merancang aktiviti juga perlu diambil kira bagi menjayakan program yang dirancang. Sekiranya ibu bapa tidak hadir ke sekolah, ibu bapa perlu memberikan bantuan kepada anak-anak di rumah. Ibu bapa juga perlu dibekalkan dengan pengetahuan tentang bagaimana untuk melibatkan diri dengan peluang yang ada.
Cabaran dan kekangan untuk menanam sikap anak-anak terhadap matapelajaran Sains sudah tentu ada. Antaranya ialah kurang minat anak-anak terhadap mata pelajaran sains. Sifat pelaksanaan pendidikan yang diambil kira dalam membuat perbandingan adalah tempat, suasana, persekitaran pembelajaran, rakan belajar, kehadiran, isi kandungan mata pelajaran, motivasi, proses pengurusan pembelajaran dan pentaksiran yang dilakukan. Melalui National Review Council (2009) dikemukan empat ciri pembelajaran sains informal iaitu pengalaman seharian, di ruang fizikal contohnya di pusat sains, program pembelajaran sains yang berjadual dan terancang, dan melalui media seperti radio, televisyen, internet dan alat elektronik iaitu sebagai wadah penyampai maklumat. Ulasan oleh Braud & Reiss (2006) dalam penulisan mereka, “Towards a more authentic science curriculum: the contribution of out-of-school learning,” menyatakan bahawa persekitaran luar bilik darjah boleh dijadikan ruang belajar seperti melakukan penyiasatan dan aplikasi kemahiran proses sains yang sebenar.
Ibu bapa boleh memberi sumbangan kesukarelawan dengan pihak sekolah seandainya ada di kalangan ibu bapa yang mempunyai kemahiran tertentu. Seandainya ada ibu bapa yang pandai mengajar sains maka bolehlah mereka mengadakan kelas tusyen di luar sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Ini kerana dalam satu kajian menunjukkan salah satu kurangnya minat pelajar terhadap sains adalah kekurangan masa yang diperuntukkan oleh guru di dalam bilik darjah. Dengan bilangan pelajar yang ramai dan jadual guru yang padat seperti guru terlibat dengan program yang diarahkan oleh pihak sekolah maka ini menjejaskan fokus guru terhadap pelajar. Peralatan sains untuk melakukan eksperimen perlu ada semasa tusyen tersebut berjalan agar pelajar boleh bertanya dan melakukan sendiri eksperimen. Pelajar juga boleh bertanya soalan secara in directly dan pelajar mendapat jawapan serta huraiannya. Dengan ini objektif atau matlamat sekolah akan tercapai. Sudah tentunya kerjasama semua pihak diperlukan bagi menjayakannya dan subjek suka sains ini perlu diterapkan dari kecil apabila besar kelak mereka akan lebih seronok bab kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Ulasan oleh,
Haslina Husain
Bahagian Pengkatalogan & Metadata
Perpustakaan Universiti Malaya