Ulasan Buku – Rahsia Bapa Viral Kebangsaan

viral

Khairul Hakimin Muhammad
Rahsia bapa viral kebangsaan
Bandar Baru Bangi, Selangor : Gue.ril.la, 2017. 116ms.
ISBN 978-967-2011-28-6

Sinopsis Buku

Buku ini ditulis oleh ‘bapa viral kebangsaan’  yang tidak asing lagi di platform Facebook (FB) tempatan iaitu Encik Khairul Hakimin Muhammad. Beliau yang mempunyai lebih 250,000 followers berkongsi rahsia bagaimana beliau memperoleh jumlah pengikut yang tinggi dan jumlah ini semakin bertambah dari hari ke hari.

Buku ini terbahagi kepada 2 bahagian penting iaitu :

  1. Teknikaliti untuk mempunyai akaun profil FB yang betul
  2. Teknik penulisan yang betul

Di dalam Bahagian 1, penulis menjelaskan langkah yang dihuraikan di dalam buku ini adalah lebih menjurus kepada FB berbentuk profail dan bukan fan page. Beliau menggariskan 6 strategi untuk mendapat follower yang ramai. Setiap langkah dihuraikan dengan mudah dan bagaimana audien perlu dibina dengan neutral dan bukan seperti menjual produk. Penulis juga menyarankan agar mempelajari teknik mudah untuk menyampaikan cerita supaya pembaca merasa seronok atau berita yang ingin disampaikan terkesan di jiwa.

Di dalam Bahagian 2, penulis menyarankan agar memberi fokus terhadap  niche atau pengkhususan masing-masing seperti ilmu penulisan, sastera, sains, sukan, buku, travel, memasak dan sebagainya. Niche perlu disusun untuk menarik perhatian dan mendapat pulangan. Kesemua penulisan perlu dirancang dengan rapi mengikut audien yang dikaji. Beliau turut memberi contoh penulisan yang bagus untuk dimuat naik setiap hari iaitu tentang kehidupan, memberi ulasan dengan berhemah tentang isu yang sedang trending, menulis tentang ekonomi, mengiklan produk tertentu dan penulisan “fun-fun”. Kesemuanya ini berlatarbelakangkan 4 kuadran penulisan media sosial; fakta, bahasa, emosi dan berimpak positif.

Kedua bahagian di atas perlu digabung untuk mendapatkan audien yang paling sesuai dengan stail penulisan sendiri.  Terdapat pelbagai teknik lain yang boleh pembaca gunakan untuk memberi impak dalam penulisan media sosial dan berupaya mencantikkan lagi penulisan seperti menulis dalam bentuk perengggan, menggunakan gambar dan tidak membuat ucapan sebaliknya menggunakan ayat penyata. Beliau turut menyarankan agar lebih banyak membaca dan menulis untuk menambah perkataan dan memperbaiki tanda baca serta tatabahasa.

Walaupun cadangan yang diberikan penulis agak umum, buku ini diharap dapat membantu dan mempertingkatkan lagi kreativiti dan kepelbagaian dalam penghasilan ‘posting’ Facebook yang menarik dan berjaya mengumpul jumlah follower untuk mendapatkan pengaruh dalam bidang masing-masing.

Ulasan oleh,
Zanaria Saupi Udin
Perpustakaan Perubatan TJ Danaraj
PKP2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s