Cik Khairunnisa Bakar adalah seorang Juruteknik Komputer (FT19), mula bertugas di Unit Sistem Maklumat, Perpustakaan Universiti Malaya pada Disember 2017. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur tanggal 21 Februari 1988 dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 23 Julai 2021 akibat COVID-19. Beliau merupakan anak perempuan tunggal dari 3 beradik dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Mempunyai hobi memasak dan fotografi, beliau sangat berbakat dalam kedua-dua bidang tersebut.
Arwah pernah bertugas di Unit Sistem Maklumat, antara rutin beliau adalah menyelenggara komputer di perpustakaan. Selain itu, beliau juga seorang yang sangat berbakat dalam menyunting poster untuk tujuan pameran dan aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan di perpustakaan.
Berikut merupakan hasil karya arwah Cik Khairunnisa Bakar:
- Pameran Che Det: A Doctor in the house
2. Pertandingan Foto Kenangan Warga UM Bersama Tun Mahathir
3. Treasure Hunt
4. Pameran: University Ranking: An Introduction
5. Pameran: Sasterawan Negara: Muhammad Haji Salleh Pencari Dan Pemikir
6. Library Opening Hours
7. UM Central Opening Hours (Pre & Post CMCO)
8. Library Carnival: Ice Cream Social at the Library
Kini, genap setahun arwah Cik Khairunnisa Bakar pergi meninggalkan kita namun jasa baik dan pengorbanan beliau tetap dikenang oleh seluruh warga Perpustakaan Universiti Malaya, bak kata pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Ditulis oleh,
Nik Nur Asilah Nik Shamsuddin & Aimi Ihsan Zaidi
23 Julai 2022.