Hari terbuka Perpustakaan Pendidikan

Pada 21 November 2023, Perpustakaan Pendidikan telah menjalankan aktiviti Hari Terbuka bersama warga Fakulti Pendidikan. Acara ini adalah julung-julung kalinya diadakan di Perpustakaan Pendidikan. Poster telah disediakan bagi hebahan program (Lampiran D). Beberapa acara telah dirancang dan berjaya dijalankan, berikut adalah aktiviti yang telah dirancang sepanjang program tersebut:

1.  Klinik UM Expert

Aktiviti ini telah dibantu oleh wakil dari Bahagian Perkhidmatan Akademik. Satu ruang telah disediakan bagi tujuan klinik ini. Wakil BPA yang hadir pada sesi pagi adalah Pn. Juhaida dan sesi petang Pn. Maziah.

2.  Sesi Kemahiran Maklumat

Wakil dari BKM telah dipanggil bagi tujuan membuka kaunter sepanjang Hari Terbuka Perpustakaan Pendidikan. Sesi pagi dibantu oleh Pn. Annur dan sesi petang telah dibantu oleh Pn. Koh Ai Peng.

3.  Pertandingan meneka buku

Bagi memeriahkan lagi program, pertandingan teka berat buku telah dijalankan. Pertandingan ini berjaya menarik perhatian pelajar dan pensyarah yang hadir ke Hari Terbuka Perpustakaan Pendidikan. Sebanyak 58 penyertaan telah diterima dan 3 pemenang telah dipilih.

4.  Pertandingan kuiz

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan acara kuiz. Satu set soalan telah disediakan dan diedarkan kepada semua pelanggan perpustakaan. Soalan-soalan yang telah disediakan merangkumi cara penggunaan Perpustakaan, dan juga maklumat berkenaan dengan perpustakaan. Sebanyak 42 penyertaan telah diterima dan 3 pemenang telah dipilih berdasarkan jawapan yang tepat dan tempoh masa menjawab.

5.  Cabutan bertuah

Acara yang paling mendapat sambutan adalah acara cabutan bertuah. Pihak Perpustakaan Pendidikan telah menyediakan sebanyak 5 hamper untuk acara ini. Cabutan telah dibuat pada jam 3.30 petang dan 5 pemenang telah berjaya dipilih. Sebanyak 68 penyertaan telah diterima bagi cabutan bertuah.

6.  Penjualan buah oleh wakil MPP

Bagi memastikan penglibatan yang menyeluruh, pihak Perpustakaan turut bekerjasama dengan wakil pelajar. Satu kedai menjual buah telah dibuka selama 2 hari (Sehari awal dari tarikh hari terbuka). Penjual buah tersebut mendapat sambutan yang baik.

Kesimpulan:

Keseluruhan sebanyak 130 pengunjung telah mengunjungi perpustakaan sepanjang acara dijalankan. Acara turut mendapat pujian dari pensyarah dan pelawat yang hadir ke Perpustakaan Pendidikan. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang acara dijalankan.

Disediakan oleh:
Dr Mohd Faizal Hamzah
Ketua, Perpustakaan Pendidikan, Universiti Malaya

Leave a comment